The Paper Worlds of Jeff Nishinaka


Dalam saya ngah godek2 internet and mencari idea untuk produk saya yang terbaru..saya terjumpa website someone ni..Sangat impress..Anda kenal siapa Jeff Nishinaka????Die la someone yg saya kagum sangat tu..Dengan kertas je,art die memang sangat terbaek..Cube tengok gambo kat bawah ni..



Phoenik:Kebangkitan Semula


Bangunan kebanggaan sesebuah negara


Bangunan pencakar langit


Jambatan

So,macamane???Ada rasa kagum macam saya tak?? Tak sangka dengan kertas,die boleh cipta semua ni..Memang sangat kreatif..

Sedap Ke Suare??


Kat tempat saya kerja ni ade lak sorg hamba Allah ni suke dengar music...Headphone tak pernah tanggal la kat kepala tu..Tapi yg tak beznya ni,bile die ikot nyanyi sekali..Kalo slow tak pe gak,kuat laktu..Bingit telinga..Da tegur..tapi kejap je ok,pastu jd balek..Anda rasa diri anda nyanyi best, tapi orang lain dengar best ke.?Ask urself k?? =)



Buat sesuatu perkara,cube fikir pasal org laen..Jangan pentingkan diri sendiri

Stok Baru!!!




Bunga manik ni diletakkan dalam pasu..Boleh wat untuk hiasan meja..5 kuntum bunga semuanya..Harga RM 40..Cepat-cepat!!!Sementara stok masih ada..=) Boleh email saya di dayahpjk@gmail.com atau call/sms 0129715609

Kisah Pedoman


Assalamualaikum dan selamat pagi semua..Semoga hari ini lebih baek dari semalam hendaknye..


Malam tadi,saya ada menonton satu drama kat TV3..tak silap tajuknya Ampunkan Diriku..Lakonan mantap Sheila Rusli dan Zamarul Hisham..Cerita yang penuh pengajaran dan pedoman kepada kita semua..Saya share sikit la ea sinopsis cerita tu..


'Cerita mengisahkan seorg anak lelaki (Azri) yg berkahwin dengan seorg perempuan (Latifah) tapi tak disukai oleh ibunya..(lakonan Fauziah Nawi)..Mereka tinggal serumah.Azri anak yg baek,sering mengutamakan ibunya dalam apepon..Latifah pula seorg yg lemah lembut dan sering mengalah dengan ibu mertua.Kiranya memang bagus punye menantu la ni..Tapi yang tak syoknya..hidup family diorang ni segala-galanya ditentukan oleh ibunya..Sehinggalah 1 ari tu,Latifah ajak si suami pindah rumah,nk berdikari and hidup tanpa pengawasan ibu mertua katanya..Tapi si ibu ni menghalang keras anaknya keluar rumah.Si ibu ni sibuk dengan pendiriannya yg anak lelaki wajib mengutamakan ibunya dalam apepon..Lalu si ibu ni menghalau menantunya keluar rumah dan anak perempuan mereka (Khalisha) tidak dibenarkan pergi bersama.Atas ganti rugi di atas penyiksaan hidup selama berumah tangga,Latifah meminta ganti rugi sebanyak RM 300 000 dari suaminya..Si ibu mencampakkan cek RM300 000 di kakinya dan menyuruh si Latifah kutip..Kerana rasa betapa murahnya cinta si isteri dan hasutan ibunya,Azri menceraikan LAtifah..


Dengan RM 300 000 itu,Latifah membuka 1 pusat bimbingan untuk anak gadis yg telah terlanjur/mengandung bernama KEWAJA..Di situ lah die mengubat segala hati yg lara dengan membantu anak gadis di luar sana dengan memberi perlindungan.Walaupon banyak tohmahan dan hinaan yg dia terima,dia tetap redha dan segala-galanya diserahkan kepada yg maha Esa..


Azri berkahwin lain.Seperti sebelumnya,hidupnya ditentukan oleh ibunya..Si isteri tidak tahan dan mengajak suaminya tinggal di rumah lain.Si ibu tidak bersetuju.Lalu meminta si Azri menceraikan isterinya..Ibunya menang lagi sebab anaknya si Azri ni tak pernah melawan katanya.Anaknya Khalisha sudah remaja..Mengetahui cerita dari mak tirinya bahawa ibu kandungnya adalah pengurus KEWAJA.Dia berlakon menjadi seorang yg bermasalah,Khalisa akhirnya menjadi penghuni KEWAJA.MEncuri diari ummiya untuk mengetahui siapakah umminya yg sebenar,adekah same dengan cerita neneknya..Dia juga mencuba menjauhkan hubungan ibunya dengan seorang ustaz di KEWAJA dan merapatkan semula hubungan papa dan umminya..


Ending untung cerita ni,Ibu mertuanya insaf dan memohon maaf..Tergantung storinya,tak tau same ade diorg ni kawen semula ke tak..'


Cerita ni memang penuh pengajaran..Lagi-lagila ditayangkan sebelum14 Febuari sempena HARI KEKASIH ni.Untuk mengajar umat Islam supaya menjauhi dosa-dosa besar seperti berzina ataupon membunuh (anak luar nikah)..


Saya mencari informasi pasal KEWAJA ni,sama macam Raudhatul Sakinah konsepnya..saya kongsi sedikit beberapa kisah penghuni KEWAJA untuk iktibar saya dan anda semua



Kisah Zara (bukan nama sebenar) menyedarkan banyak pihak mengenai kelonggaran akhlak remaja walaupun mempunyai pencapaian akademik membanggakan.
Zara berasal dari negeri pantai timur dan mengikuti pengajian kejuruteraan, tetapi disebabkan cinta yang berkobar-kobar, sanggup menyerahkan maruah diri kepada lelaki yang dicintainya.
“Cinta kami dihalang oleh ibu bapa saya kerana mahu saya menghabiskan pengajian dahulu walaupun ibu bapa lelaki itu bersetuju saya berkahwin dengannya,” kata Zara kepada wartawan KD9, Sharifah Nur Syed Ali yang menemuinya di Rumah Kewaja.
Zara kini hamil lapan bulan hasil perhubungan intimnya dengan teman lelaki yang kini tidak dapat dihubungi lagi.
Zara berkata, mereka bebas bergaul kerana dia belajar di IPT yang jauh dari kampung halaman. Apabila ibu bapanya mengetahui nasib anak mereka, Zara dihantar ke Kewaja untuk melahirkan bayi yang kemudian akan diserahkan kepada keluarga angkat.
Di Kewaja, rumah perlindungan yang dikendalikan Yahaya dan isterinya, Ruzitah Baharum, Zara dan remaja lain yang hamil daripada perhubungan luar nikah dilatih menguruskan diri dan menjalani sesi kaunseling bagi membantu mereka kembali ke jalan yang benar serta meneruskan kehidupan selepas melahirkan anak.
Bagi Zara, pengajaran daripada episod pahit dalam hidupnya ini akan dijadikan pedoman pada masa depan.
Sementara itu, seorang lagi remaja senasib, Intan (bukan nama sebenar) hamil selepas sebulan berkenalan dengan seorang lelaki ketika dia menuntut di sebuah politeknik di utara tanah air.
“Sejak awal berkenalan lagi, dia memang banyak kali mencuba untuk melakukan hubungan seksual, tetapi saya tidak benarkan. Bagaimanapun, pada satu malam, saya tidak sedar dia memasukkan pil khayal ke dalam makanan saya.
“Dalam keadaan separuh sedar, saya mendapati dia membawa saya ke rumahnya dan apabila saya sedar keesokan harinya, semuanya sudah terlambat,” katanya ketika ditemui di Kewaja.
Yahaya berkata, sejak beroperasi pada 2003, lebih 100 penuntut wanita IPT yang hamil luar nikah datang mendapatkan perlindungan di Kewaja.
“Kemunculan remaja hamil luar nikah di rumah Kewaja boleh dikatakan ‘bermusim’. Apabila ada perayaan, misalnya, tahun baru seperti baru-baru ini, beberapa bulan akan datang datanglah mereka ini,” katanya.
Katanya, satu punca gejala ini ialah kejutan budaya penuntut yang datang dari luar bandar. Daripada persekitaran terkongkong, mereka yang mendapat kebebasan secara tiba-tiba apabila memasuki IPT dan tinggal beramai-ramai di rumah sewa, mudah dipengaruhi fenomena cinta kampus.
Apabila terlanjur, ramai yang memilih jalan mudah dengan menggugurkan anak secara haram atau membuang bayi.
Untuk lebih detail,sila klik KEWAJA

Opss!!!Ade Keychain Lagi??


HAi semua...semoga ceria hendaknye..=)
of coz ade produk baru lagi yang saya akan tambah kat blog ni...Kali ni buat bentuk animal lak...Sempena Gong Xi Fa Chai(Tahun Arnab) ni,saya dan along cube la buat bentuk arnab.Percubaan pertama nampaknye berhasil..Ramai da org beli..kepada sesiapa yg berminat boleh la contact2 saya di 0193761142 atau email dayahpjk@gmail.com..


AM001


AM002



Lagi banyak anda beli,lagi murah harge Rabbit ni..Nak borong byk2 untuk cenderahati perkahwinan pon kami terima..
HARGA BORONG!!!!

1 pcs - 15 pcs = RM 4.00
16 pcs - 30 pcs = RM3.70
31 pcs - 90 pcs = RM3.40
91 pcs - 200 pcs = RM3.10
201 pcs - 500 pcs = RM2.90
501 pcs - 1000 pcs = RM2.70
1001 pcs keatas = RM2.50 

CEPAT!!CEPAT!!SEMENTARA STOCK MASIH ADA..

Keychain Manik Ke Tu????


Tengah mencuba melebarkan sayap..Skang ni cube keychain lak..Alhamdulillah,nampaknye jadi..hihhihi..sukeee..=) Keychain ni telah diperkembangkan oleh Along saya..Berhempas pulas dia men"design" keychain manik terbaru...Nak tengok??Nah..tengok puas2..kalo nak tempah pon bole..Takde hal la..


KM001


KM002

Huh,jenuh gak nk buat keychain Love tu..Juling gak la mate ni bile buat..Lepas da siap,tersenyum puas..YES!!BERJAYA!!..


Untuk contoh keychain kat atas tu boleh buat gantung kat handphone atau gantung kat bag..Tak de masalah..Ape je customer inginkan, saya dan Along ikot je..=)


Harga Borong

1 pcs - 10 pcs = RM 5.00
11 pcs - 30 pcs = RM4.70

31 pcs - 90 pcs = RM4.40

91 pcs - 200 pcs = RM4.00
201 pcs - 500 pcs = RM3.50
501 pcs - 1000 pcs = RM3.00
1001 pcs keatas = RM2.50 

Boleh Berubah Ke??




 hahahah..dayah2,mcm2 ko wat tok manikkan??Tak sangka aku..dulu punye la ganas..Skang,da mcm   pompuan melayu terakhir..Bunga..bunga..bunga.


.
Gelak kawan saya bila saya tunjukkan die gambo2 design manik yg saya cipta..Bukan kawan je terkejut..Mak ayah saya,adik-beradik n sedara mara semua terkejut..Tak sangka anak dara yg sorg ni da berubah jadi keperempuanan lak..Hihihihi..tu la..saya pon tak sangke..Dulu,bab bunga ni memang tak berkenan.Tolong mak tanam bunga kat halaman,semuanya tak pernah hidup..Mak cakap,mungkin tangan ni panas sangat,sebab tu semua bunga mati bila saya yang tanam..Hahahah..boleh ke camtu??


Tapi saya percaya,semua tu mengikut peredaran waktu..Tak semua berlaku dalam sekelip mata..Masa saya kecil dulu,sy pantang tengok color pink..Bile tengok je mula la nk muntah..Sampai air sirap bandung pon saya tak sudi nk minom..Hahahhah..Ayah pon da naik risau,takut anak die ni tak jadi pempuan bile besar nanti..Semua baju kurung yg ayah pilih adalah warna pink..Bila kena suruh pakai baju tu mesti melalak habis..Puas mak nk pujok..Tapi skang ni da berubah,bile tengok color pink je da rasa cam jatuh cinta..Tergerak dalam hati pink tu cantik sebenarnya..warna lembut sesuai dengan citarasa wanita..Sekarang ni pon,ada banyak baju color pink..=)

Manik!!Manik!!Manik!!


Assalamualaikum n good morning semua..


Semoga hari ni adelah hari yg sangat bahagia n ceria hendaknye..Hobi terbaru makin berkembang..Untuk bunga manik ni,saya cube ngan design lain plak..Ikot citarasa pelanggan..Lain org lain citarasa,ye dok??=)


BM001


 BM002


BM003

Kalo anda semua suke dengan 1 color je tok bunga,boleh tengok contoh kat atas ni..Patternnye pon berbeza..Jangan risau dengan color..semuanya boleh dirunding dan ikot citarasa anda semua..


BM004


BM005


BM006


BM007


BM008


BM009


BM010


BM011


BM012


BM013



BM014

Ok,bunga-bunga yg kat atas ni saya gunekan 2 color..padanan yg sy amik adalah putih dan hitam..Ini untuk mendapatkan contrast color untuk setiap bunga..Ini juga bergantung pada permintaan pelanggan..Saya cuma buat saje..

Harga dikira bergantung kepada size manik,jenis manik,dan pattern yg diinginkan..Jangan risau,jika tempahan anda melebihi 120 kuntum,saya akan bagi special price untuk anda..=)..Bunga telur manik ni nampak cantik dan eksklusif,sesuai jika anda semua inginkan kelainan untuk hari bahagia anda..

Cerita Saya


Blog ni da lame saya wat..cume tak edit2 new posting..sebab sibuk ngan bisnes n career..Eceh..mcm bisneswoman berjaya lak kan???So,untuk permulaan blog ni,saya nk cite sket sape saya..Ala...bukan femes mane pon,cume org biase je..
Saya sangat suke kan manik..disebabkan sukenye saya dengan manik,saya telah mencetuskan ilham bersama family untuk wat bisnes manik kecil-kecilan..(hopfuly 1 day will be greater and bigger..Amin..)
So produk pertama yg saya wat ialah bunga telur manik.Dah menjadi tempahan dari sahabat lame saya kak Shila Liyana for her wedding pada 18 Disember 2010 yg lalu..





Respon yg saya dapat dari kak Liya,dia sangat teruja dan hepy,sebab bunge pahar dia lain dari lain..semua org puji dan tertarik..Kak Liya cakap secara tak langsung bunga telur ni naikkan seri dia lagi kat atas pelamin..Hahahahah..thanks kak..Saya masih berusaha mencipta design terbaru..

Terima Kasih

Masa Itu Emas

 

Copyright 2010 Beads!!Beads!!Beads!!. This blog template designed by Creative Bytes.