Kisah Pedoman


Assalamualaikum dan selamat pagi semua..Semoga hari ini lebih baek dari semalam hendaknye..


Malam tadi,saya ada menonton satu drama kat TV3..tak silap tajuknya Ampunkan Diriku..Lakonan mantap Sheila Rusli dan Zamarul Hisham..Cerita yang penuh pengajaran dan pedoman kepada kita semua..Saya share sikit la ea sinopsis cerita tu..


'Cerita mengisahkan seorg anak lelaki (Azri) yg berkahwin dengan seorg perempuan (Latifah) tapi tak disukai oleh ibunya..(lakonan Fauziah Nawi)..Mereka tinggal serumah.Azri anak yg baek,sering mengutamakan ibunya dalam apepon..Latifah pula seorg yg lemah lembut dan sering mengalah dengan ibu mertua.Kiranya memang bagus punye menantu la ni..Tapi yang tak syoknya..hidup family diorang ni segala-galanya ditentukan oleh ibunya..Sehinggalah 1 ari tu,Latifah ajak si suami pindah rumah,nk berdikari and hidup tanpa pengawasan ibu mertua katanya..Tapi si ibu ni menghalang keras anaknya keluar rumah.Si ibu ni sibuk dengan pendiriannya yg anak lelaki wajib mengutamakan ibunya dalam apepon..Lalu si ibu ni menghalau menantunya keluar rumah dan anak perempuan mereka (Khalisha) tidak dibenarkan pergi bersama.Atas ganti rugi di atas penyiksaan hidup selama berumah tangga,Latifah meminta ganti rugi sebanyak RM 300 000 dari suaminya..Si ibu mencampakkan cek RM300 000 di kakinya dan menyuruh si Latifah kutip..Kerana rasa betapa murahnya cinta si isteri dan hasutan ibunya,Azri menceraikan LAtifah..


Dengan RM 300 000 itu,Latifah membuka 1 pusat bimbingan untuk anak gadis yg telah terlanjur/mengandung bernama KEWAJA..Di situ lah die mengubat segala hati yg lara dengan membantu anak gadis di luar sana dengan memberi perlindungan.Walaupon banyak tohmahan dan hinaan yg dia terima,dia tetap redha dan segala-galanya diserahkan kepada yg maha Esa..


Azri berkahwin lain.Seperti sebelumnya,hidupnya ditentukan oleh ibunya..Si isteri tidak tahan dan mengajak suaminya tinggal di rumah lain.Si ibu tidak bersetuju.Lalu meminta si Azri menceraikan isterinya..Ibunya menang lagi sebab anaknya si Azri ni tak pernah melawan katanya.Anaknya Khalisha sudah remaja..Mengetahui cerita dari mak tirinya bahawa ibu kandungnya adalah pengurus KEWAJA.Dia berlakon menjadi seorang yg bermasalah,Khalisa akhirnya menjadi penghuni KEWAJA.MEncuri diari ummiya untuk mengetahui siapakah umminya yg sebenar,adekah same dengan cerita neneknya..Dia juga mencuba menjauhkan hubungan ibunya dengan seorang ustaz di KEWAJA dan merapatkan semula hubungan papa dan umminya..


Ending untung cerita ni,Ibu mertuanya insaf dan memohon maaf..Tergantung storinya,tak tau same ade diorg ni kawen semula ke tak..'


Cerita ni memang penuh pengajaran..Lagi-lagila ditayangkan sebelum14 Febuari sempena HARI KEKASIH ni.Untuk mengajar umat Islam supaya menjauhi dosa-dosa besar seperti berzina ataupon membunuh (anak luar nikah)..


Saya mencari informasi pasal KEWAJA ni,sama macam Raudhatul Sakinah konsepnya..saya kongsi sedikit beberapa kisah penghuni KEWAJA untuk iktibar saya dan anda semua



Kisah Zara (bukan nama sebenar) menyedarkan banyak pihak mengenai kelonggaran akhlak remaja walaupun mempunyai pencapaian akademik membanggakan.
Zara berasal dari negeri pantai timur dan mengikuti pengajian kejuruteraan, tetapi disebabkan cinta yang berkobar-kobar, sanggup menyerahkan maruah diri kepada lelaki yang dicintainya.
“Cinta kami dihalang oleh ibu bapa saya kerana mahu saya menghabiskan pengajian dahulu walaupun ibu bapa lelaki itu bersetuju saya berkahwin dengannya,” kata Zara kepada wartawan KD9, Sharifah Nur Syed Ali yang menemuinya di Rumah Kewaja.
Zara kini hamil lapan bulan hasil perhubungan intimnya dengan teman lelaki yang kini tidak dapat dihubungi lagi.
Zara berkata, mereka bebas bergaul kerana dia belajar di IPT yang jauh dari kampung halaman. Apabila ibu bapanya mengetahui nasib anak mereka, Zara dihantar ke Kewaja untuk melahirkan bayi yang kemudian akan diserahkan kepada keluarga angkat.
Di Kewaja, rumah perlindungan yang dikendalikan Yahaya dan isterinya, Ruzitah Baharum, Zara dan remaja lain yang hamil daripada perhubungan luar nikah dilatih menguruskan diri dan menjalani sesi kaunseling bagi membantu mereka kembali ke jalan yang benar serta meneruskan kehidupan selepas melahirkan anak.
Bagi Zara, pengajaran daripada episod pahit dalam hidupnya ini akan dijadikan pedoman pada masa depan.
Sementara itu, seorang lagi remaja senasib, Intan (bukan nama sebenar) hamil selepas sebulan berkenalan dengan seorang lelaki ketika dia menuntut di sebuah politeknik di utara tanah air.
“Sejak awal berkenalan lagi, dia memang banyak kali mencuba untuk melakukan hubungan seksual, tetapi saya tidak benarkan. Bagaimanapun, pada satu malam, saya tidak sedar dia memasukkan pil khayal ke dalam makanan saya.
“Dalam keadaan separuh sedar, saya mendapati dia membawa saya ke rumahnya dan apabila saya sedar keesokan harinya, semuanya sudah terlambat,” katanya ketika ditemui di Kewaja.
Yahaya berkata, sejak beroperasi pada 2003, lebih 100 penuntut wanita IPT yang hamil luar nikah datang mendapatkan perlindungan di Kewaja.
“Kemunculan remaja hamil luar nikah di rumah Kewaja boleh dikatakan ‘bermusim’. Apabila ada perayaan, misalnya, tahun baru seperti baru-baru ini, beberapa bulan akan datang datanglah mereka ini,” katanya.
Katanya, satu punca gejala ini ialah kejutan budaya penuntut yang datang dari luar bandar. Daripada persekitaran terkongkong, mereka yang mendapat kebebasan secara tiba-tiba apabila memasuki IPT dan tinggal beramai-ramai di rumah sewa, mudah dipengaruhi fenomena cinta kampus.
Apabila terlanjur, ramai yang memilih jalan mudah dengan menggugurkan anak secara haram atau membuang bayi.
Untuk lebih detail,sila klik KEWAJA

0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih

Masa Itu Emas

 

Copyright 2010 Beads!!Beads!!Beads!!. This blog template designed by Creative Bytes.